Saturday, 15 June 2013

AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN...

Assalammualaikum semua... Hari ini kita bercerita pasal amalan pada malam nisfu syaaban...
 Ibadat yang khusus dilakukan pada malam itu ialah :

  • sembahyang lima waktu, sunat dan tahajud..
  • membaca al-Quran. kalau tidak boleh menghabiskan semuanya, sekurang-kurangnya membaca surah Yasin, al-Waqiah, al-Mulk, al-Insan, al-Hashr, al-Muzammil dan surah al-Mudathir..
  • selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. kemudian berdoa. membaca Yasin kali kedua dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya. kemudian dibacakan yasin sekali lagi dengan niat minta mati dalam iman, kemudian dibacakan doanya..
  • memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. maksud doanya: Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMu, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMu, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMu nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku,maka ampunilah aku. Seseungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan. 
  • mohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: Ya Tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil.
  • mohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang.) maksudnya: aku mohon keampunan Allah dan aku  bertaubat kepadanya.(Astagfirullah hal a'zim wa atu bu ilaih)
  • membaca: (beberapa kali- pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir.(La ila haillallah wala na'budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau harihal kaafirun)
  • membaca tasbih: seratus kali tiap-tiap satu.
  • maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.(Subhanarob biyal a'ala)
         maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.(Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal'azim)
         maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar(Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil 'aliyyil 'azeem)

  • membaca selawat atas Nabi: (Allahhummasolli 'ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.
  • membaca zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
Itulah antara amalan-amalan yang boleh dilakukan.. walaupun kita tidak dapat melakukan kesemuanya, sekurang-kurangnya sedikit pon jadi.. melakukan perubahan secara sedikit-sedikit dan istiqomah.. moga kita sentiasa dirahmati Allah.. Renung-renugkan Dan Selamat Beramal.. ^_^...

No comments:

Post a Comment