Tuesday, 17 December 2013

JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN ^_^

Assalammualaikum semua.. Musim cuti ni mesti ramai orang-orang di luar sana sedang melancong kan ? Bestnya dapat melancong ..^_^ . Hari ni nak berkongsi sedikit ilmu yang seorang sahabat kita telah kongsikan bersama saya pasal melancong ini. Sebagai mukadimahnya "Islam tidak pernah melarang umatnya melancong asalkan ianya tidak melanggar syarak"..

Sesungguhnya melancong boleh dijadikan sebagai cara pengukuhan iman dan takwa dengan banyak pengajaran berkaitan perkara baik dan buruk yang dapat dilalui atau diperhatikan ketika berkunjung serta menziarahi sesuatu destinasi pelancongan...

Firman Allah yang bermaksud:

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Jelas kepada kita Islam menganjurkan umatnya menjelajah dan meneroka alam ciptaan Allah yang indah ini kerana itulah tujuan alam ini diciptakan dengan begitu indah tanpa sebarang cacat cela agar manusia bersyukur dan menghargainya.

Melancong bukan sekadar ingin berhibur. Sesiapa melancong hanya semata-mata mencari keriangan, tidak akan mendapat manfaat di sebalik suruhan agama.. Bahkan, keriangan yang diiringi dengan perbuatan maksiat menjadikan aktiviti melancong sedemikian haram dan amat dimurkai Allah.

Ketika melancong hendaklah menjaga nilai murni sebagai orang Islam. Elakkan daripada terjebak dengan aktiviti tidak baik di tempat orang. Aktiviti pelancongan yang membabitkan perbuatan haram ditegah sama sekali. Kecelakaan dan kemusnahan menimpa diri mereka yang ingkar perintah Allah.

Firman Allah yang bermaksud:
“Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.” (Surah Ali Imran, ayat 112)

Di samping itu , Jadikan Melancong Sebagai Medium Meningkatkan Ilmu...
Melancong sepatutnya menjadikan kita belajar atau mengerti akan sesuatu tempat yang kita lawati sama ada dari segi sosiobudayanya, persekitarannya dan adat-adat di sesuatu tempat. Barulah pelancongan kita itu bermanfaat. Islam menggalakkan umatnya menimba sebanyak pengalaman untuk dimanfaatkan ke arah memperbaiki diri serta kehidupan.

Bak kata pepatah "Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan".

Jika kita berniat melancong untuk perkara kebaikan, nescaya setiap perbuatan kita akan diberkati oleh Allah S.W.T
Oleh itu, Islam telah mengajar kita iaitu sebelum melakukan apa-apa hendaklah disertai dengan doa dengan harapan Allah melindungi kita dalam apa jua yang kita lakukan. Sebelum pergi melancong digalakkan kita berdoa kepada Allah Taala agar pelancongan kita itu bukan suatu pekerjaan yang sia-sia tetapi merupakan satu ibadah kepada Allah Taala. Ayuh sama-sama jadikan aktiviti melancong kita sesuatu yang diberkati Allah.
Renung-renungkan dan selamat beramal.. 

Saje nak kongsikan pengalaman yang diambil semasa melancong bersama keluarga tersayang dahulu.. Rindunya..


                    Ni dekat Bantayan Island-Cebu, Philippines.. Indahnya ciptaan Allah...


        Ni pulak dekat Enchanted Kingdom, Laguna, Philippines... Okay, sebenarnya gambar yang dekat enchanted kingdom ni aku tak sempat ambik satu gambar pun masa dekat sana, gambar ni pun ambik dekat google jerk, rugi kan ? Tak dapat simpan sebagai kenagan.. Tak ambik gambar sebab dalam kepala ingat takut jerk.. Ni last la aku pergi tempat-tempat macam ni.. Aku dah fobia.. Hehe.. Nak tahu lebih lanjut pasal tempat ni boleh search kat google,, banyak lagi...



                          Gambar last ni dekat Nuvali,, dekat sini banyak sangat ikan...

Sunday, 8 December 2013

PERMUDAHKAN LA URUSAN HIDUPKU...

YA ALLAH..
Ampunilah diriku sekiranya nafsu mengendalikan jiwaku..
Membuatkan aku terlupa akan kekhilafanku..
ku tidak bisa membayangkan bila otak yang mengendalikan ragaku..

Ampunilah diriku sekiranya diriku membelakangi-Mu..
Mengetepikan diri-Mu dalam segala hal kehidupanku..
Biarkanlah hati ini yang mengendalikan jiwa dan raga ku menuju jalan yang Engkau redhai..

Ya Allah..
Bila jiwaku meragui kebesaran-Mu..keadilan-Mu..
Aku mohon yakinkanlah jiwaku kerana aku bersumpah tidak ingin sedetikpun ku berpaling dari-Mu. kerana didalam jiwaku..bukan hanya ada kebaikan tetapi juga keburukan..

Ya Allah..
Bila raga ini melanggar larangan-Mu maka luruskanlah jalanku..
Dan demi Allah aku hanyalah manusia yang selalu berbuat khilaf
Ya Allah jadikanlah aku manusia yang bisa menjaga amanah dari-Mu dan ilmu yang telah Engkau titipkan kepadaku

Demi Allah aku adalah hambamu, maka cintailah aku dan jagalah aku dari godaan syaitan yang melampaui batas
Tenangkanlah kerinduanku yang sedang menjalari hidupku..berikanlah kesejahteraan, ketenangan dan keberkatan untuk diriku, dirinya, keluargaku, keluarganya..

ENGKAU permudahkanlah segala lorong perjalanan dan urusan kehidupan kami..
ENGKAU lindungilah seluruh jiwa dan raga kami yang hanya milik-Mu agar kami semua selalu berada dijalan-Mu..
Aku tahu Ya Allah engaku Maha Kuasa, Engkau Maha Kaya, Engkau Maha Segalanya maka ampunilah dosaku serta kabulkanlah doa ku. Amin.. Amin ya rabbal alamin...


#aku harus kuat untuk menghadapi pelbagai cabaran hidup.."hadapi sesuatu dengan senyuman"....#

Wednesday, 4 December 2013

MUHASABAH DIRI...

MAKLUMAT PENUMPANG

Nama Sebenar : Hamba ALLAH 
Gelaran : Insan 
Asal : Tanah 
Alamat : Planet Bumi

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

Tempoh Berlepas : Kehidupan Dunia 
Tempoh Perjalanan : Cuma Seketika Dan Beberapa Meter Dari Perut Bumi
Destinasi : Akhirat
Masa Berlepas : Ketika Di Datangi Malaikat
Masa Hadir : Ketika Dan Selepas Nyawa Di Cabut
Bentuk Tempahan : Tetap, Pasti Dan Tidak Berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN

Dituju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian, kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua (pilot) yang di khaskan iaitu malaikat maut.

Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati.

Sebarang masalah dan persoalan hendaklah di rujuk kepada para ulama dan cendiakawan.

BARANG YANG DI BENARKAN

5 Meter Kain Kafan

Kapas Putih Secukupnya

Muatan Lain Yang Di Benarkan :

Amal Soleh Sedekah Jariah Anak Soleh Yang Mendoakan Kedua Ibu Bapa Ilmu Yang Manfaat

Perhatian MUATAN LAIN yang DITEGAH adalah TANGGUNGJAWAB penumpang. Barang siapa yang tidak mematuhi akan DISEKSA.


SAAT DAN WAKTU BERLEPAS

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia, setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

DI ULANG...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingat lagi... Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua.

Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI :

"Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, janganlah pula mengsyirikkan ALLAH dengan sesuatu"

Wallahualam..


✿Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :)✿  

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
 
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber dari http://seindahcintaislam.blogspot.com/ .

Tuesday, 3 December 2013

SAHABAT-SAHABATKU YANG AKU SAYANGI

Assalammualaikum semua ^_^ .
Alhamdulilah kami pejuang-pejuang spm batch 96 telah tamat menjalani perang dan jihad di dalam dewan peperiksaan.Lega tu memang la ada tapi risau pasal result yang bakal keluar pun ada jugak. Apa-apa pun semuanya telah kami serahkan kepada Allah, tawakal dan doa yang penting. Doakan kami ye. ^_^Namun, dalam kelegaan, terselit juga kesedihan kerana selepas ini semua dah buat haluan masing-masing untuk ke destinasi seterusnya demi mencapai cita-cita yang diimpikan serta berjihad di jalan Allah. Mungkin ada juga sebahagian yang akan aku jumpa di MJ tahun hadapan.


PERSAHABATAN ITU BAGAIKAN
PELANGI

 Merah bagaikan buah apel,
terasa manis di dalamnya. Seperti
manisnya persahabatan♥ 

 Jingga bagaikan kobaran api
yang tak akan pernah padam.
Seperti persahabatan yang tak
pernah padam♥

 Kuning bagaikan mentari yang
menyinari hari-hari kita. Seperti
sahabat yang selalu mengisi hari-
hari kita♥

♥Hijau bagaikan tanaman yang
tumbuh subur. Seperti
persahabatan yang tumbuh
subur♥

♥Biru bagaikan air jernih alami.
Seperti kejernihan hati seorang
sahabat♥

♥Nila-lembayung bagaikan mimpi-
mimpi yang mengisi kalbu. Seperti
seorang sahabat yang selalu ada
dihati dan pikiran kita♥

♥Ungu bagaikan kuntum bunga
yang merekah. Seperti
persahabatan yang sesungguhnya
. 



Moga suatu hari nanti kita dapat berjumpa semula di puncak menara gading. Friends till Jannah .♥♥

Friday, 22 November 2013

WAHAI KAUM ADAM ^_^

Assalammualaikum . Pernah mengalami diganggu oleh lelaki?? Apa perasaan?? Aku meminta maaf kepada semua lelaki-lelaki yang aku pernah berkasar dengan kalian.. Tapi ini semua untuk kebaikan...

Ya Rabb..

Izinkan aku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia, Harum wanginya dengan ilmu agama,

Cantiknya karena iman dan taqwa,
Biar menjadi rahasia yang kekal abadi, Bukan perhatian mata..
Yang menjadi puncak fitnah hati..

Illahi Rabbi..

Timbulkanlah duri yang memagari diri, Agar diriku terpelihara dari noda duniawi

Yang akan menghilangkan keharuman sejati, Yang akan memudarkan kecantikan diri

Dibalik kekurangan yang tercipta, Bukanlah alasan untuk bermuram durja,

Karena setiap yang tercipta ada hikmahnya,

Izinkan ya Allah agarku menjadi permata, Tetap menyinar walau di lumpur hina,

Tetap berharga walau dimana saja, Buat ummah dan juga keluarga, Izinkan aku menjadi seindah mawar berduri, Yang menjadi impian setiap muslimah, Yang indahnya bukan untuk lelaki, Tapi permata utk yang bernama suami,,, Amin Allahumma Amin ....


Aku bukanlah seorang wanita yang baik seperti Khadijah tetapi aku ingin berusaha menjadi yang terbaik antara yang baik.. Ya Allah tetapkanlah imanku . Ingatlah, wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga Lelaki yang baik untuk Perempuan yang baik. Itulah janji Allah yang tidak perlu ada keraguan padaNya. Renung-renugkan dan selamat beramal..

HIKMAH MUSIBAH . SABARLARH DUHAI HATI ^_^

Assalammualaikum semua. Dah lama rasanya tidak buka blog ni. Maklumlah SPM. namun, sedang aku sibuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-cita, ada seorang hamba Allah yang sedang menangis seorang diri. Duhai sahabatku itu blog ini aku coretkan untukmu. Bangkitalah !!
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. tidak semua orang merasai apa yang kita rasa. sepatutnya kita harus bersyukur dengan ujian itu kerana Allah menyayangi kita. hendak mengetahui apa sebab kita di uji? sebab atau hikmah disebalik setiap ujian ini adalah :

1. Meningkatkan kesadaran..
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-Rasul kepada umat-umat sebelummu, kemudian Kami timpa mereka dengan kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka bermohon (kepada Allah) dengan tunduk dan merendahkan diri.” (QS.Al-An’am : 42)

Jadikanlah momen ini sebagai tonggak peningkatan iman setinggi-tingginya.

2 . Menaikkan darjat di sisi Allah..
“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” (QS Al Baqarah 155).

Kenaikan derajat tentu saja bagi orang yang lulus ujian. Agar lulus, maka ujian harus dihadapi dengan sabar. Orang yang sabar adalah orang yang pada saat ditimpa musibah meyakini dengan sepenuhnya bahwa dia tidak merasa memiliki apa-apa, karena semuanya milik Allah dan akan kembali kepada Allah (QS Albaqaah : 156). Dengan sabar ini, maka timbullah keikhlasan dan optimisme.

3. Menghilangkan dosa..
“Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah gulanaan hingga duri yang menusuknya melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya (HR Bukhari).

4. Mendatangkan pahala..

5. Mendapat ganti dari Allah dengan yang lebih baik..
Dari Umu Salamah, Rasul SAW, bersabda : “Tiada orang yang ditimpa musibah lalu mengucapkan kalimat (lihat di bawah), pasti Allah memberi pahala dalam musibah itu dan memberi ganti untuknya yang lebih baik dari pada yang telah lenyap.” Dan sewaktu Abu Salamah meninggal, lalu kuucapkan kalimat itu, maka Allah memberi ganti (suami) bagiku yang melebihi dia, yaitu Rasul SAW” (HR Muslim).

Inilah doanya: INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJI’UUN. ALLOOHUMMA- JURNII FII MUSHIIBATII,WA AHLIFLII KHOIRAN MINHAA. (Sesungguhnya kami semua dijadikan Allah, dan kepada-Nyalah kami akan kembali. Ya Allah berilah kami pahala dalam menghadapi penderitaan (musibah) ini, dan berikan kami pengganti yang baik dan melebihinya).

6. Meningkatkan peluang menuju syurga..
“Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disukai dan Neraka itu dikelilingi dengan berbagai macam syahwat” (HR Bukhari – Muslim).

Allah berfirman dalam sebuah hadist qudsi: “Tidaklah ada suatu balasan yang lebih pantas di sisiKu bagi hambaKu yang beriman, jika Aku telah mencabut nyawa kesayangannya dari penduduk dunia kemudian dia bersabar atas kehilangan orang kesayanagnnya itu, melainkan surga” (HR Bukhari).

Mengingat manfat-manfaat musibah yang begitu besar, maka tetaplah tersenyum wahai saudara-saudaraku yang sedang ditimpa musibah. Cubalah semak hadis terakhir ini:

“Dan sesungguhnya salah seorang diantara mereka benar-benar merasa gembira karena mendapat cobaan, sebagaimana salah seorang merasa gembira karena telah mendapatkan kelapangan” (HR Ibnu Majah).

Bangkitalah wahai sahabat-sahabatku !!!

Bila kita ditimpa musibah, carilah ALLAH. mengadu dan menangislah, kerana ia akan memberikan kelegaan pada jiwa. ALLAH berfirman,
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)

Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa: “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku).” Aamiin....

Moga kita dapat bersama-sama mengharungi liku-liku kehidupan dan terus maju ke hadapan. wahai sahabatku, aku sangat menyayangi korang. La tahzan innallaha ma'ana. Renung-renugkan dan selamat beramal. :)



Monday, 14 October 2013

IBADAH KORBAN...

Assalammualaikum.. esok semua umat islam akan menyambut hari raya aidiladha...
Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang bermanfaat iaitu :
KESILAPAN-KESILAPAN DALAM IBADAH KORBAN

1. Ada beberapa golongan masyarakat yang melakukan kesilapan dengan melakukan ibadah korban pada malam hari raya. Amalan ini tidak menepati sunnah dan sekiranya dilakukan juga, sembelihan tersebut tidak dikira sebagai ‘Ibadah Korban’, kerana para ulamak mengaggap perbuatan tersebut sebagai ‘Makruh’.

2. Begitu juga dalam masalah pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging yang telah dikorbankan dibahagi kepada tujuh bahagian, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala, bahagian rusuk, batang pinang) diperuntukkan atau dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Tindakan ini sama sekali tidak dibenarkan, kerana setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh dijadikan sebagi upah. Sekiranya kita masih ingin memberikan upah kepada tukang sembelih, pihak yang berkongsi korban, boleh membayar lebih sedikit daripada harga sebenar binatang korban dan menyerahkan lebihan wang tersebut kepada tukang sembelih.

3. Melaksanakan ibadah korban dengan tujuan untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kemampuan dirinya untuk melakukan korban, supaya dengan itu mereka akan dipandang mulia, dihormati dianggap sebagai orang yang hebat di sudut kemampuan kewangan, sedangkan dia sepatutnya insaf bahawa hanya korban yang disertakan dengan keikhlasan dan ketaqwaan sahaja yang diterima di sisi Allah.

4. Pembaziran daging korban. Di mana terdapat daging korban yang lambat diagih-agihkan menyebabkan daging tersebut menjadi busuk. Di samping sikap sebahagain daripada kita yang terlalu tamak menghimpunkan daging korban, tetapi akhirnya menjadi busuk dan rosak, apabila ruang peti ais rumah kita tidak mampu memuatkan semua daging korban yang kita bawa pulang.

5. Pembahagian daging korban yang hanya ditentukan kepada kumpulan-kumpulan atau puak-puak tertentu sahaja, dengan mengenepikan hak orang lain terutama yang tinggal sejiran, sekampung atau setaman dengan kita.

6. Kedatangan ke masjid, ke surau atau ke tempat sembelihan, semata-mata untuk mendapatkan bahagian dari pembahagian daging korban, namun begitu tidak mensyukuri nikmat Allah setelah memakan dan menikmati daging korban tersebut, dengan cara melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Malah ada di antara mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke suarau dan ke masjid atau bermuamalah dengan penduduk setempat.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan bersama. Renung-renungkan dan selamat beramal ^_^... Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam ...

CINTA AKU KERANA ALLAH . . .

 Ø¨ِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ  
Assalammualaikum ..
kepada seorang hamba Allah yang kusayangi :

AKU AKAN SELALU MENGINGATMU DALAM DO'AKU

Aku bukanlah seseorang yang sempurna bagimu..

Bukan pula yang terbaik di antara yang baik..

Tapi yang pasti aku selalu..
Mengingatmu dalam do'aku,

Semoga Allah menyayangimu selalu..
Sebagaimana DIA menyayangi diriku dengan menghadirkan dirimu dalam kehidupanku..

Tiada kata yang pantas ku ucapkan selain..
Alhamdulillah..

Semoga dirimu tetap Istiqomah..menjaga hati hingga janji suci itu terucap dari lisan ini..

Aamiin Ya Rabbal'alamiin.



Tuesday, 13 August 2013

~DuHaI sAhAbAt SeJaTiKu~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah… ^_^



sumber : http://sufihatiku90.blogspot.com

Friday, 21 June 2013

NISFU SYAABAN...

Assalammualaikum semua... Malam nisyfu Sya'ban jatuh pada hari AHAD 23 JUN malam ISNIN (tutupnya buku amalan)...
Jadi Sebelum terlambat saya ingin meminta maaf kalau ada silap dan salah, baik di sengaja atau yg tidak sengaja, kerana 
NABI MUHAMMAD SAW bersabda : barang siapa yg mengingatkan kedatangn bulan ini, HARAM API NERAKA baginya.... Subhanaallah..

Sedikit info yang ingin saya kongsikan bersama iaitu :

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadar. Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Renung-renungkan dan selamat beramal . ^_^ . 

CINTA KERANA ALLAH...^_^

Assalammualaikum semua..

♥ KU MOHON CINTA DARI-MU ♥

Aku tidak marah,

Aku tidak cemburu,

Kerana aku tahu,

Kamu bukan hakku,

Kadang-kadang,

Perasaan ini kelemahanku sebagai manusia biasa,

Sungguh senang utk aku jatuh cinta.

Dan memang tidak dinafikan disaat ini,

Ada sedikit cinta dihatiku untukmu,

Aku teringin kau megetahui, 

Apa yang ada dalam hatiku saat ini...

Tapi biarlah DIA yg lebih mengetahui, 

Apa yang wujud didalam hati ketika saat ini,

Sedangkan DIA yg menjadikan hati 

dan DIA juga yg mewujudkan perasaan itu,

Tapi sekali lagi,

Kau milik ALLAH,

Bukan milikku,

Jadi biar cinta ini ku pendam di dalam hatiku,

Dan cukuplah aku mencintaimu, 

Dalam diam dari kejauhan, 

Dengan kesederhanaan dan keikhlasan,

Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan ALLAH,

Mungkin saja rasa ini ujian,

Yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan...

Ya ALLAH,

Usah biarkan hatiku

Tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku

Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta

Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu

Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harapan

Ya ALLAH,

Leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku

Kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta

Hanya cintaMu

Ya ALLAH Ya Rabbi

Yang kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki...

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana ALLAH, menolak kerana ALLAH, membenci 

kerana ALLAH dan menikah kerana ALLAH, maka bererti ia telah sempurna imannya."

(HR. AL-HAKIM)

Amin ya rabbal Aalamin... 


#sekiranya dia memang jodoh terbaik buatku, pasti suatu hari nanti Allah akan menyatukan 
kami,, in sya Allah..aku mendoakan kamu sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu..moga berjaya dan berbahagia sentiasa..good luck,,see u di ipt..moga bertemu di puncak gading..."Aku akan terus menunggu sampai aku pastikan 'dia' bukan jodohku"


LA TAHZAN SAHABAT!!! ^_^

Assalammualaikum sahabat-sahabatku semua...
Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat  sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..
Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih  dari kehidupanmu..
Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih,  tidak akan membuahkan hasil,
Tidak akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik,

La tahzan

Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,
Bersedih tidak  akan menghasilkan  kerja yang  memuaskan,
Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan
Bersedih juga tidak membuat mu boleh  diterima didalam lingkunganmu..

Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,
Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..
Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,
Pasti ada makna disebalik itu semua,
Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..

Jika ini ketentuan Allah,
Mari kita cuba tabahkan hati,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
Kerana kita manusia biasa,
Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
Apakah rahsianya..

Hidup ini terus berputar!
Tiada masa untuk berlengah!
Tiada masa untuk berpatah!

mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan dari yang Empunya segalanya..

Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
Kerana takdir itu mengatasi tadbir…
Tadbir dari manusia yang lemah,
Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
Yang penuh sirat pengajaran.
Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..
la tahzan. la tahzan. la tahzan wahai sahabat!

Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..
” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”
#moga  sahabat-sahabatku semua sentiasa tabah menghadapi cobaan dan rintangan yang datang.. sayangg kalian semua..moga persahabatan ini kekal hingga ke syurga..."ALL THE BEST" semua.. khusus kepada sahabat-sahabat seperjuanganku di SMAKT dan sahabatku yang lain, walaupun jauh di mata tapi dekat di hati...^_^..