Assalammualaikum semua... Malam nisyfu Sya'ban jatuh pada hari AHAD 23 JUN malam ISNIN (tutupnya buku amalan)...
Jadi Sebelum terlambat saya ingin meminta maaf kalau ada silap dan salah, baik di sengaja atau yg tidak sengaja, kerana
NABI MUHAMMAD SAW bersabda : barang siapa yg mengingatkan kedatangn bulan ini, HARAM API NERAKA baginya.... Subhanaallah..
Sedikit info yang ingin saya kongsikan bersama iaitu :
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadar. Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).
Renung-renungkan dan selamat beramal . ^_^ .
Ya Allah yang Maha Mendengar, Berikanlah cahaya petunjuk-Mu kpda sluruh umat ISLAM, Pandulah KAMI yang masih buta di dalam cahayaMu Ya Allah, Masih teraba-raba di laluan yang rata. Ampunkanlah segala dosa2 KAMI Ya Rabbi, Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun, Kurniakan KAMI kemanisan Cinta-Mu, Agar KAMI diizinkan mencium keharuman syurga-Mu. Aamiin ya rabbal alamiin .
Friday, 21 June 2013
CINTA KERANA ALLAH...^_^
Assalammualaikum semua..
♥ KU MOHON CINTA DARI-MU ♥
Aku tidak marah,
Aku tidak cemburu,
Kerana aku tahu,
Kamu bukan hakku,
Kadang-kadang,
Perasaan ini kelemahanku sebagai manusia biasa,
Sungguh senang utk aku jatuh cinta.
Dan memang tidak dinafikan disaat ini,
Ada sedikit cinta dihatiku untukmu,
Aku teringin kau megetahui,
Apa yang ada dalam hatiku saat ini...
Tapi biarlah DIA yg lebih mengetahui,
Apa yang wujud didalam hati ketika saat ini,
Sedangkan DIA yg menjadikan hati
dan DIA juga yg mewujudkan perasaan itu,
Tapi sekali lagi,
Kau milik ALLAH,
Bukan milikku,
Jadi biar cinta ini ku pendam di dalam hatiku,
Dan cukuplah aku mencintaimu,
Dalam diam dari kejauhan,
Dengan kesederhanaan dan keikhlasan,
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan ALLAH,
Mungkin saja rasa ini ujian,
Yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan...
Ya ALLAH,
Usah biarkan hatiku
Tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harapan
Ya ALLAH,
Leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku
Kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu
Ya ALLAH Ya Rabbi
Yang kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki...
"Sesiapa sahaja yang memberi kerana ALLAH, menolak kerana ALLAH, membenci
kerana ALLAH dan menikah kerana ALLAH, maka bererti ia telah sempurna imannya."
(HR. AL-HAKIM)
Amin ya rabbal Aalamin...
#sekiranya dia memang jodoh terbaik buatku, pasti suatu hari nanti Allah akan menyatukan
kami,, in sya Allah..aku mendoakan kamu sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu..moga berjaya dan berbahagia sentiasa..good luck,,see u di ipt..moga bertemu di puncak gading..."Aku akan terus menunggu sampai aku pastikan 'dia' bukan jodohku"
LA TAHZAN SAHABAT!!! ^_^
Assalammualaikum sahabat-sahabatku semua...
Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..
Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih dari kehidupanmu..
Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih, tidak akan membuahkan hasil,
Tidak akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik,
La tahzan
Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,
Bersedih tidak akan menghasilkan kerja yang memuaskan,
Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan
Bersedih juga tidak membuat mu boleh diterima didalam lingkunganmu..
Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,
Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..
Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,
Pasti ada makna disebalik itu semua,
Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..
Jika ini ketentuan Allah,
Mari kita cuba tabahkan hati,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
Kerana kita manusia biasa,
Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
Apakah rahsianya..
Hidup ini terus berputar!
Tiada masa untuk berlengah!
Tiada masa untuk berpatah!
mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan dari yang Empunya segalanya..
Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
Kerana takdir itu mengatasi tadbir…
Tadbir dari manusia yang lemah,
Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,
Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
Yang penuh sirat pengajaran.
Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..
la tahzan. la tahzan. la tahzan wahai sahabat!
#moga sahabat-sahabatku semua sentiasa tabah menghadapi cobaan dan rintangan yang datang.. sayangg kalian semua..moga persahabatan ini kekal hingga ke syurga..."ALL THE BEST" semua.. khusus kepada sahabat-sahabat seperjuanganku di SMAKT dan sahabatku yang lain, walaupun jauh di mata tapi dekat di hati...^_^..Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”
TIPS MENGHADAPI UJIAN HIDUP...^_^
Assalammualaikum semua...
Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, insyaallah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif. Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah sangat berat.Saya ingin berkongsi dengan sahabat – sahabat semua tips untuk menghadapi ujian hidup . Sebenarnya, paling tidak, ada tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian kehidupan, iaitu :
- Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari).
- Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi).
- Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim).
- Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim).
- Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6).
- Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakaruntuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286).
- Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60).
Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian hidup . Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa.
Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.
renung-renugkan dan selamat beramal...^_^
MASALAH ITU MANIS...^_^
Assalammualaikum semua.......
Ketika kita ditimpa sebuah kesusahan, bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi hidup ini. Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar kita mendekat kepadanya. Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah telah menyediakan untuk kita kemudahan.
Kerana sesungguhnya disebalik permasalahan ada proses pendewasaan, disebalik musibah ada hikmah, disebalik kesusahan ada kemudahan.
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”( QS. al-Insyirah: 5-6)
Ketika permasalahan datang menghampiri
Jangan mengeluh dihadapan sang pencipta, jangan memberontak akan keputusannya apalagi dengan mengatakan bahawa Allah tidak adil. Namun, mintalah agar kita diberi kesabaran serta ketabahan dalam menghadapinya, diberikan penyelesaian yang terbaik bagi kita, dan selalu mengharap dia memberikan ganjaran pahala untuk kita.
Tanpa malam, bulan purnama takkan indah. Tanpa lapar, nikmat makanan takkan terasa. Tanpa dahaga sejuknya air takkan memberi banyak makna.
Begitu juga kemenangan atau kemudahan takkan banyak memberi erti tanpa didahului rintangan dan kesusahan. Setelah mendung terbitlah cerah.
Tak ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah sunnah-Nya. Yang kita perlukan hanya dada yang lapang dalam menghadapinya. Jika ketabahan yang kita bina, nikmat akan terasa. Jika keluhan yang sentiasa kita bina sengsara akan selalu bertambah.
Permasalahan datang untuk kita hadapi, bukan untuk dicaci atau dimaki. Musibah adalah medium dalam proses pendewasaan. Tanpa permasalahan kita takkan pernah dewasa.
Tanpa kesusahan kita takkan menjadi orang yang luar biasa.
”Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap. Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”
Di saat kita mencari solusi dalam suatu permasalahan, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula.
Maka,senyumlah mereka yang memiliki masalah dan mampu mengatasi permasalahan tersebut dengan bijak, iaitu dengan tetap selalu bergantung kepada keputusan Allah yang maha adil setelah tawakal dilakukan.
renung-renungkan dan selamat beramal. ^_^
Monday, 17 June 2013
MUTIARA KATA....
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
renung-renungkan dan selamat beramal.......
Saturday, 15 June 2013
AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN...
Assalammualaikum semua... Hari ini kita bercerita pasal amalan pada malam nisfu syaaban...
Ibadat yang khusus dilakukan pada malam itu ialah :
maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar(Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil 'aliyyil 'azeem)
Ibadat yang khusus dilakukan pada malam itu ialah :
- sembahyang lima waktu, sunat dan tahajud..
- membaca al-Quran. kalau tidak boleh menghabiskan semuanya, sekurang-kurangnya membaca surah Yasin, al-Waqiah, al-Mulk, al-Insan, al-Hashr, al-Muzammil dan surah al-Mudathir..
- selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. kemudian berdoa. membaca Yasin kali kedua dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya. kemudian dibacakan yasin sekali lagi dengan niat minta mati dalam iman, kemudian dibacakan doanya..
- memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. maksud doanya: Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMu, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMu, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMu nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku,maka ampunilah aku. Seseungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
- mohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: Ya Tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil.
- mohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang.) maksudnya: aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya.(Astagfirullah hal a'zim wa atu bu ilaih)
- membaca: (beberapa kali- pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir.(La ila haillallah wala na'budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau harihal kaafirun)
- membaca tasbih: seratus kali tiap-tiap satu.
- maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.(Subhanarob biyal a'ala)
maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar(Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil 'aliyyil 'azeem)
- membaca selawat atas Nabi: (Allahhummasolli 'ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.
- membaca zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
BULAN SYAABAN...
assalammualaikum semua... sekarang ni bulan syaaban kan?? bulan syaaban adalah antara bulan yang mulia di sisi ALLAH swt..
renung-renungkan dan selamat beramal... ^_^...
- ia adalah bulan yang membawa keberkatan.
- nikmat dan kesejahteraan bagi umat islam seluruhnya.
- baginda Rasulullah saw banyak berpuasa sunat dalam bulan yang mulia ini.
- umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat dengan berganda. ini kerana Nabi kita Muhammad saw meningkatkan amal ibadahnya kepada Allah swt pada bulan yang agung ini...
renung-renungkan dan selamat beramal... ^_^...
ERTI KEHIDUPAN.....
permulaan yg kita tidak sedari
penghujung yang kita tidak ketahui
inilah kehidupan jika diberi erti
keseronokan kebahagiaan, kesusahan, dan kesedihan
menjadi rencah didalam memaniskan kehidupan
berapa ramai yang sedar kehidupan ini sekadar pinjaman?
berapa ramai yg menghayati erti sebuah kehidupan?
berapa ramai pula yg menunaikan segala amalan?
tidak kita ketahui bilakah kita akan pergi
jika diberi mungkin tiada yang lalai lagi terhadap diri sendiri
setiap hari yg berlalu adalah satu kerugian
bagi mereka yang tidur dari menjalankan kewajipan
bukan engkau bukan kamu, yang aku nasihati adalah aku
aku berusaha menjadi orang yang 'untung'
dimana setiap hari amalan dihitung
setiap harinya adalah kebaikan,
setiap harinya membawa keuntungan...
namun aku masih begini
sekadar berjanji tidak pada hati
apakah 'nur' itu telah pergi dari hati ini?
ya Allah tabahkanlah hati kecilku ini
agar setiap janji dapat kutepati
bukan sekadar berjanji tetapi masih begini
tolonglah dan bantulah....aku tidak mahu terperangkap didalam diri ku
lagi....
Friday, 14 June 2013
perjalanan hidup seorang mukmin ..
Hidup ini adalah suatu perjuangan dan di dalam setiap perjuangan kita akan tempuhi rintangan. Dan halangan itulah yang dinamakan dugaan. Andai kecundang, airmata bukanlah penyelesaiannya. Bangunlah kerana kegagalan pertama tidak beerti kegagalan berikutnya. Kegagalan dalam kehidupan merupakan satu kenangan yang amat pahit. Namun disebalik kepahitan itu pasti ada kemanisan yang bakal menanti. Oleh itu. berusahalah untuk mencari kemanisan dicelah kepahitan. Kejayaan itu mudah diperolehi seandainya kita berusaha. Cinta juga mudah diperolehi seandainya kita memerlukannya. Tetapi ingatlah cita-cita mudah diperolehi seandainya kita tidak putus asa untuk terus berusaha. Ingatlah tiada kejayaan tanpa penderitaan dan keimanan pendinding dari kemungkaran.
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)
