Sesungguhnya melancong boleh dijadikan sebagai cara pengukuhan iman dan takwa dengan banyak pengajaran berkaitan perkara baik dan buruk yang dapat dilalui atau diperhatikan ketika berkunjung serta menziarahi sesuatu destinasi pelancongan...
Firman Allah yang bermaksud:
“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)
Jelas kepada kita Islam menganjurkan umatnya menjelajah dan meneroka alam ciptaan Allah yang indah ini kerana itulah tujuan alam ini diciptakan dengan begitu indah tanpa sebarang cacat cela agar manusia bersyukur dan menghargainya.
Melancong bukan sekadar ingin berhibur. Sesiapa melancong hanya semata-mata mencari keriangan, tidak akan mendapat manfaat di sebalik suruhan agama.. Bahkan, keriangan yang diiringi dengan perbuatan maksiat menjadikan aktiviti melancong sedemikian haram dan amat dimurkai Allah.
Ketika melancong hendaklah menjaga nilai murni sebagai orang Islam. Elakkan daripada terjebak dengan aktiviti tidak baik di tempat orang. Aktiviti pelancongan yang membabitkan perbuatan haram ditegah sama sekali. Kecelakaan dan kemusnahan menimpa diri mereka yang ingkar perintah Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
“Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.” (Surah Ali Imran, ayat 112)
Di samping itu , Jadikan Melancong Sebagai Medium Meningkatkan Ilmu...
Melancong sepatutnya menjadikan kita belajar atau mengerti akan sesuatu tempat yang kita lawati sama ada dari segi sosiobudayanya, persekitarannya dan adat-adat di sesuatu tempat. Barulah pelancongan kita itu bermanfaat. Islam menggalakkan umatnya menimba sebanyak pengalaman untuk dimanfaatkan ke arah memperbaiki diri serta kehidupan.
Bak kata pepatah "Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan".
Bak kata pepatah "Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan".
Jika kita berniat melancong untuk perkara kebaikan, nescaya setiap perbuatan kita akan diberkati oleh Allah S.W.T
Oleh itu, Islam telah mengajar kita iaitu sebelum melakukan apa-apa hendaklah disertai dengan doa dengan harapan Allah melindungi kita dalam apa jua yang kita lakukan. Sebelum pergi melancong digalakkan kita berdoa kepada Allah Taala agar pelancongan kita itu bukan suatu pekerjaan yang sia-sia tetapi merupakan satu ibadah kepada Allah Taala. Ayuh sama-sama jadikan aktiviti melancong kita sesuatu yang diberkati Allah.
Renung-renungkan dan selamat beramal..
Saje nak kongsikan pengalaman yang diambil semasa melancong bersama keluarga tersayang dahulu.. Rindunya..
Ni dekat Bantayan Island-Cebu, Philippines.. Indahnya ciptaan Allah...
Ni pulak dekat Enchanted Kingdom, Laguna, Philippines... Okay, sebenarnya gambar yang dekat enchanted kingdom ni aku tak sempat ambik satu gambar pun masa dekat sana, gambar ni pun ambik dekat google jerk, rugi kan ? Tak dapat simpan sebagai kenagan.. Tak ambik gambar sebab dalam kepala ingat takut jerk.. Ni last la aku pergi tempat-tempat macam ni.. Aku dah fobia.. Hehe.. Nak tahu lebih lanjut pasal tempat ni boleh search kat google,, banyak lagi...
Gambar last ni dekat Nuvali,, dekat sini banyak sangat ikan...


.jpg)
.jpg)

